Siaran Akhbar

Kerajaan Perpaduan gila kuasa dan mengabaikan segala prinsip

Jun 24, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengutuk Kerajaan Perpaduan gila kuasa dan mengabaikan segala prinsip serta integriti.

Pengundi Sungai Bakap harus mengambil kesempatan pilihan raya kecil ini untuk memberikan pengajaran yang tidak boleh dilupakan kepada kerajaan Madanon.

“Sebagai Menteri Komunikasi dan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi berjanji untuk memerangi berita palsu, namun dia sendiri menggunakan media untuk
mencapai matlamat politiknya. Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap kali ini, dia mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bertujuan untuk mengaburkan
pengundi.

Demi PRK, sekali lagi Kerajaan Madanon menggunakan taktik kotor, termasuk menyebarkan berita palsu melalui media. Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan demi kemakmuran negara, tetapi semata-mata untuk memenangi pilihan raya kecil.”

Beliau menyatakan bahawa Fahmi mendakwa PAS dan Kerajaan Perpaduan sedang mengadakan perbincangan dan mengarahkan media agar percaya PAS mungkin akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ini adalah fitnah yang melampau,sehingga Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, turut tampil untuk menafikan dakwaan tersebut, menunjukkan bahawa Fahmi seorang yang tanpa integriti.

Bagaimana seorang menteri yang bermasalah integriti dapat diharapkan menyampaikan maklumat yang betul kepada rakyat?

Selain gagal memulihkan ekonomi negara, banyak janji yang tidak ditepati, dan kini menggunakan taktik kotor seperti untuk meraih undi. Oleh itu, beliau menggesa pengundi Sungai Bakap menolak calon PH sebagai hukuman tegas Kerajaan dipimpin oleh PH-BN.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa PN adalah satu-satunya gabungan politik yang boleh dipercayai oleh rakyat dan merupakan harapan negara.

PN sentiasa berjuang dan mengekalkan imej politik yang lebih baik, iaitu bersih, stabil, dan berintegriti, untuk mewujudkan Malaysia yang makmur dan maju untuk semua.

Beliau berharap pengundi boleh nampak jelas bahawa hanya PN yang berlayak cakap tentang prinsip dan moral.

Daripada menjadi seperti PH dan BN yang menjual prinsip mereka demi kuasa, PN lebih rela menjadi pembangkang yang bermaruah.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

(亞羅士打26日訊)吉打州政府兌現承諾,今日移交7萬5000令吉給首批受惠的8間華校,大臣拿督斯里莫哈末沙努西在主持移交儀式上也允諾,州政府給予華校的撥款,將會隨著州政府的稅收增加,撥款也將隨之增多。

受惠學校有吉北的文德華小、農村華小;吉中的平民華小、新民華中;吉南的益智華小、老火較華小、中正華小及西嶺華小。除了益智華小獲5000令吉,其他7校各獲1萬令吉。

baca lagi