Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Kerusi PRU15: Gerakan serah kepada Majlis Presiden PN

Mac 13, 2021

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyerahkan kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) untuk membuat keputusan berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata bilangan kerusi atau kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan lagi isu bagi parti itu.

“PN pusat akan tentukan. Mungkin kita (Gerakan) akan mendapat kerusi yang lebih atau kurang berbanding PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14). Apa yang penting adalah PN mesti menang,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan yang ke-49 di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM di sini hari ini.

Seramai 623 perwakilan dari seluruh negara menyertai persidangan berkenaan yang berlangsung secara hibrid (maya dan dalam talian).

Lau berkata memastikan kemenangan PN pada PRU15 adalah fokus utama Gerakan yang diterima masuk menjadi parti gabungan PN itu pada 11 Feb lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata Gerakan masih menaruh harapan terhadap Pulau Pinang kerana negeri itu merupakan tempat tertubuhnya parti itu dan wakil Gerakan pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 39 tahun.

Pada PRU14, Gerakan bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN, namun gagal memenangi sebarang kerusi. – BERNAMA

内裤反着穿也是新

内裤反着穿也是新

一次的选举,三任的首相。 这不仅在我国是史无前例,相信翻看了世界历史,也可说是几乎无迹可寻.

baca lagi