Berita Gerakan

Kes Ahmad Zahid, GERAKAN tuntut penjelasan

Sep 5, 2023

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menuntut agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan sebab penarikan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan mengecam keputusan tersebut sekiranya terdapat campur tangan Kerajaan Campuran dalam proses kehakiman dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah.

Beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum tahun lalu dan selepas Anwar menjadi Perdana Menteri beliau berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan perasuah.

Menurutnya, malah baru-baru ini Perdana Menteri turut menyatakan mengenai antirasuah semasa perhimpunan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, namun pada Isnin pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk melepaskan Ahmad Zahid.

“Keputusan pihak pendakwaan dan kerajaan bukan sahaja mengkhianati kepercayaan rakyat, tetapi juga merupakan tingkah laku ‘anti-demokratik’ yang diterajui kerajaan dalam menyalahgunakan kuasa dan prosedur, ia telah merosakkan kredibiliti dan imej sistem kehakiman.

“Jika Anwar memutuskan untuk ‘melepaskan’ Zahid hari ini, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai sistem kehakiman negara kita lagi?

“Adakah ini ungkapan terang-terangan kepada rakyat bahawa ‘undang-undang adalah permainan yang dimainkan oleh orang kaya dan berkuasa,” soalnya lagi dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Gerakan bersama Perikatan Nasional akan terus memantau perkembangan kes Ahmad Zahid dan pada masa yang sama berusaha untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keadilan di Malaysia.
黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi