Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Ketepikan Agenda Politik, Fokus Tangani COVID-19 Dan Krisis Ekonomi Negara

Ogo 17, 2021

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa semua parti politik untuk menghormati agenda demokrasi, tidak mengira bagaimana keadaan politik sekarang namun keutamaan harus diberikan kepada menangani COVID-19.

Menurutnya, tugas utama adalah mengatasi wabak ini dan bantu rakyat keluar daripada keadaan tertekan dan kesulitan ekonomi sekarang.

Biarpun Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia, GERAKAN akan tetap menyokong beliau dan bersama dengan Perikatan Nasional.

“Harapan GERAKAN sangat jelas iaitu mahu melihat keadaan politik negara stabil dan perjuangan politik tidak sesekali memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Dalam keadaan kritikal ini, pemimpin negara sewajarnya fokus kepada COVID-19 dan hentikan semua agenda-agenda politik. Jika semuanya sudah pulih, rakyat dapat hidup aman dan boleh adakan PRU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rakyat sudah bosan dengan drama perjuangan politik yang tidak masuk akal sekarang, jadi sudah sampai waktunya untuk semua parti-parti membuat membuat gencatan senjata politik.

Dominic Lau Hoe Chai, meluahkan rasa kesal dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan hari ini.

Beliau percaya sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR atau DAP, mereka hanya mahukan kuasa dan pangkat, jadi mereka tidak boleh disokong untuk memimpin negara.

“Zahid dan Anwar berganding bahu untuk menjatuhkan Perikatan Nasional. Semua orang sudah tahu mereka ini masing-masing mahu jadi Perdana Menteri bukan mahu menolong tangani COVID-19.

“Anwar selalu membuat ancaman berprofil tinggi seperti mengatakan cukup sokongan untuk membentuk pemerintahan baru, tetapi pada akhirnya ia tidak berjaya” tegasnya.

Beliau memuji Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak berkompromi dengan rasuah dan berusaha sedaya upaya mengawal wabak ini sebelum memikirkan hal politik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana masih berpegang teguh pada janji dan sudi mentadbir negara biarpun untuk sementera,”ujarnya.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali memberi kembali Pakatan Harapan berkuasa memerintah negara. Pertempuran dalaman yang berterusan dalam kalangan mereka akan terjadi kembali dan sikap pemimpin PH yang sombong hanya akan menyusahkan rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi