Siaran Akhbar

Ketidakseimbangan pembangunan di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Apr 5, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berpandangan jauh apabila berlakunya ketidakseimbangan antara pembangunan di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Beliau menegaskan sejak DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang pada 2008, kebanyakkan pembangunan di negeri ini lesu.

“Masalah pembangunan yang tidak seimbang antara Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah bukti kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak berpandangan jauh, ketua menteri pemikiran sempit, tidak pandai mengambil kesempatan untuk mengejar pembangunan-pembangunan yang mampan,”.

Dominic Lau membuat kenyataan ini sebagai tanda menjawab aduan yang diterima daripada penduduk Seberang Perai kepadanya mengenai kekurangan pembangunan tempatan semasa menghadiri ‘Perayaan Qingming’ anjuran Parti Gerakan Bahagian Batu Kawan.

Turut hadir Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong dan Ketua Bahagian Parti Gerakan Batu Kawan, Koh Khoon Lee

Menurut Dominic Lau, walaupun terdapat beberapa projek pembangunan terutamanya jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Kawan selepas 2008, namun projek pembangunan ini telah dimuktamadkan semasa pemerintahan GERAKAN di Pulau Pinang bukan DAP.

Beliau menegaskan, pelabuhan Pulau Pinang merupakan antara sumber pendapatan utama kerajaan negeri, namun kerajaan DAP tidak bersungguh untuk membangunkannya yang sebenarnya berpontensi menjadi sebuah pelabuhan pemindahan dan penghantaran tetapi kerajaan negeri sibuk mempromosikan terowong dasar laut yang belum siap itu.

Kerajaan DAP sama sekali tidak membuat perancangan yang teliti dan seimbang untuk pembangunan masa depan Pulau Pinang. Apabila projek dasar laut dilaksanakan, pelabuhan negeri diketepikan dan tidak dibangunkan. Ia sekaligus membuatkan penduduk di Seberang Perai menderita.

“Pelabuhan Pulau Pinang adalah tempat pemindahan yang sangat strategik, jika kapal kargo dari China transhipping barangan dari India dan Arab, negara kita ada rakyat kaum India dan Melayu untuk menyelaras untuk mereka. Sebaliknya, jika kedua-dua negara ini nak transhipping barangan ke China, kita juga ada rakyat kaum Cina untuk memberi bantuan. Pulau Pinang akan menjadi sebuah pelabuhan yang strategik jika kerajaan menggunakan lokasi dan kelebihannya dengan baik”

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN