Siaran Akhbar

Kuatkuasakan pemantauan penjarakan sosial

Jun 9, 2020

Kuala Lumpur, 9 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyasarkan lebih banyak pemantauan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memperkasakan norma baru dalam masyarakat terutamanya aktviti penjarakan sosial dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tindakan itu dilihat demi menjayakan proses pemulihan yang sedang dilakukan kerajaan. Penguatkuasaan harus dipertingkatkan untuk mengelakkan industri cuai dalam norma baharu.

Untuk memastikan penguatkuasaan yang berkesan. Kerajaan harus mempertimbangkan pemantauan secara berkala di semua sektor.

Kerajaan perlu mempergiatkan lebih banyak langkah dan pematuhan SOP norma baru di media massa untuk memastikan matlamat PKPP ini berkesan untuk semua rakyat dalam negara.

Pengisytiharan kerajaan untuk memberi kredit RM50 dalam e-wallet baru-baru ini dalam usaha menggalakkan rakyat untuk memuat turun MySejahtera adalah langkah yang harus dipuji. Ianya bukan sekadar dapat mengesan kontak rapat malah dapat membantu kerajaan menerima maklum balas berhubung Covid-19 secara MyTrace.

Langkah kerajaan ini harus seiring dengan langkah kawalan pihak berkuasa. Dengan adanya kawalan dari pihak berkuasa, semua rakyat akan kekal berdisplin mengamalkan norma baru.