Berita Gerakan

Lantikan Pelbagai Kaum Dalam Jawatan Tinggi Kerajaan

Jun 22, 2021

Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin menggesa Kementerian Pengajian Tinggi supaya mempercepat proses pelantikan jawatan Naib Cancelor yang kini masih ada kekosongan di 5 Universiti Awam. Bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang turut sertai dan mengesyorkan perlantikan profesor bukan kaum Melayu ke jawatan-jawatan tersebut.

Kepelbagaian sebenarnya memanfaatkan sesebuah institusi, ini turut dinyatakan dalam garis panduan tadbir urus (corporate governance) setelah dibuktikan oleh syarikat-syarikat yang berjaya.

Pada hemat saya, ini bukan kerana mereka tidak berminat tetapi prospek untuk kenaikan pangkat bagi kaum bukan Melayu tidak menggalakkan permohonan ke dalam sektor kerajaan. Mereka lebih cenderung kepada menyertai sektor swasta kerana melihat bahawa insentif yang diberi berpandukan ciri-ciri meritokrasi.

Termaktub dalam ideologi Parti GERAKAN, adalah ‘Kebebasan Mencapai Potensi Kendiri’. Kami percaya dan memperjuangkan Malaysia yang menggalakkan setiap individu untuk berusaha bagi mencapai potensi yang maksimum.

Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya melantik calon dari pelbagai latar belakang, baik bumiputera Sabah Sarawak, kaum bukan Melayu, kaum wanita, atau mana-mana pihak yang layak dalam jawatan-jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan. Ini dapat menggalakkan perpaduan dan penyertaan rakyat daripada pelbagai kaum dengan manafikan unsur diskriminasi dalam dasar kerajaan.

Sumber PGRM