Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Lebih baik DAP kembalikan sistem Residen seperti zaman penjajah British-Malaya

Feb 19, 2021

Agak biasa ahli politik luar negara memberi komen kepada situasi politik negara lain.

Tetapi laporan yang dikeluarkan oleh Asean Parliamentarians for Human Rights, saya rasa agak pelik.

Selepas meneliti ahli-ahli mereka, saya mendapati terdapat ahli DAP dalam sekumpulan individu tersebut.

Rakyat tahu, DAP ini jenis yang rasa hanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbaik dan kerajaan lain adalah buruk, busuk dan teruk sahaja.

DAP juga tahu proklamasi darurat adalah kuasa budi bicara Agong.

Maka tidak akan berjaya mencabar kewibawaan dan kebijaksanaan Agong melalui mahkamah kerana kuasa tersebut memang dibenarkan dalam sistem demokrasi Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya “memuji” kepandaian DAP dalam “meminjam” kuasa luar untuk mencabar kewibawaan dan kebijaksanaan Agong.

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara.

Mempolitikkan kuasa luar untuk mencabar kuasa Agong dengan bertopeng hak asasi manusia itu tetap terjumlah derhaka dan pengkhianat.

Kalau nak Agong akur kuasa luar, maka lebih baik DAP minta mengembalikan sistem Residen seperti zaman penjajahan British-Malaya.

Anda percaya ke ahli politik luar negara akan kacau urusan negara kita tanpa bantuan orang dalaman Malaysia?

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan, yang kini menjadi komponen Perikatan Nasional, sedang dalam misi memenangi hati dan minda pengundi bukan Melayu, kata presidennya Dominic Lau. Parti itu juga tidak melupakan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai negeri terpenting dalam pilihan raya umum akan...

baca lagi