Berita Gerakan

Lebih banyak pemantauan ketika pelaksanaan PKPP – Dominic

Jun 9, 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya melakukan lebih banyak pemantauan di semua sektor dalam usaha memperkasakan norma baru kepada masyarakat ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia boleh dilakukan secara berkala dan langkah itu dilihat mampu menjayakan proses pemulihan yang sedang diusahakan kerajaan.

“Penguatkuasaan harus dipertingkatkan untuk mengelakkan industri cuai dalam norma baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, kerajaan perlu mempergiatkan lebih banyak langkah dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baru di media massa bagi memastikan matlamat PKPP berkesan kepada semua rakyat.

Malah katanya, pengumuman kerajaan untuk memberi kredit RM50 dalam e-wallet baru-baru ini dalam usaha menggalakkan rakyat untuk memuat turun MySejahtera adalah langkah yang harus dipuji.

Ianya bukan sekadar dapat mengesan kontak rapat sebaliknya dapat membantu kerajaan menerima maklum balas berhubung Covid-19 secara MyTrace, ujarnya.

“Langkah kerajaan ini harus seiring dengan langkah kawalan pihak berkuasa. Dengan adanya kawalan dari pihak berkuasa, semua rakyat akan kekal berdisplin mengamalkan norma baru,” tambah beliau.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi