Siaran Akhbar

Liu ‘Bogelkan Wajah Sebenar’ DAP dan kini rakyat boleh menilai sendiri

Apr 14, 2021

GERAKAN menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Ronnie Liu yang menegaskan bahawa DAP tidak perlu “mencairkan kecinaannya” dan dibataskan hanya untuk meraih sokongan orang Melayu sebagai “membogelkan wajah sebenar” DAP.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Liu menunjukkan wajah sebenar DAP.

“Ini sedikit sebanyak telah membogelkan wajah sebenar DAP. Khabar angin selama puluhan tahun ini mengenai DAP adalah parti rasis dan untuk Cina semata-mata memang terbukti.”

GERAKAN mencabar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menjelaskan kepada seluruh rakyat terutamanya kaum Cina mengenai perjuangan DAP yang sebenar.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain dinasihatkan berhenti menipu rakyat mengatakan DAP untuk semua rakyat Malaysia.

Peribahasa Melayu mengatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’ itu lah yang boleh diumpamakan parti DAP sekarang.

Ingin menipu orang Melayu untuk meraih undi semata-mata sekarang terbukti penipuan DAP dan ia dibongkarkan oleh pemimpin partinya sendiri.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi