Siaran Akhbar

Mana perginya 400 hingga 500 ribu topeng muka sehari?

Feb 12, 2020

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Dr. Saifuddin untuk jelaskan mengapa sukar untuk mendapatkan stok topeng muka di pasaran biarpun produksi telah meningkatkan pengeluaran topeng muka?

Menurut beliau, Saifuddin telah meminta industri pengeluaran topeng muka untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 100 ribu sehari untuk memenuhi permintaan orang ramai. Tetapi malangnya topeng muka masih tidak mencukupi di pasaran!

“Kita perlu tahu ke mana perginya 400 hingga 500 ribu topeng muka sehari? Saya setiap hari melayari laman media sosial Facebook dan mendapati ada beberapa individu menghantar topeng muka ke China untuk membantu mereka. Malah ada juga sebahagian mereka ambil kesempatan dengan menjual topeng muka dengan harga yang lebih tinggi. Tetapi malangnya farmasi dan pasaraya tetap ketandusan stok.

Datuk Dr. Dominic berkata demikian dalam kenyataannya.

Kebiasaannya, orang ramai gemar membeli topeng muka dari farmasi. Tapi sayangnya, bukan sahaja Pulau Pinang yang kehabisan stok, malah Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya juga mengalami situasi yang sama.

“Keadaan ini menjadi semakin teruk kerana ramai lagi masih tidak dapat membeli topeng muka di pasaran biarpun sudah lebih setengah bulan berlalu. Malah janji Menteri bahawa bekalan topeng muka akan mencukupi hanyalah tinggal janji”.

“Saya mengesyaki ada kerjasama antara orang ramai dengan pemborong secara terus untuk beli dengan jumlah yang banyak dan dijual dengan harga yang tinggi pada orang ramai dan dihantar ke negara China.”

Selain itu, terdapat juga orang awam membuat aduan tentang penipuan jualan topeng muka di laman sosial. Oleh itu, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap mereka tanpa melengahkan masa.

Beliau juga turut menegaskan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus turun padang dan pantau urusan keluar masuk jualan topeng muka di pasaran untuk memudahkan kawalan permintaan orang ramai.