Berita Gerakan

MBPP didakwa masih gagal tangani isu pendatang asing

Sep 9, 2020

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang mempersoalkan usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam membanteras isu warga asing di bahagian pulau negeri itu.

Ini kerana, kebanjiran pekerja asing di negeri Pulau Pinang bukan satu perkara yang asing, namun masalah ini bertambah serius.

Warga asing ini bukan sahaja bekerja di tapak pembinaan, bekerja sebagai pembantu rumah atau di gerai penjaja, malah ada di antara mereka telah membuka kedai sendiri dan mula berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Kebanjiran pekerja asing di negeri Pulau Pinang bukan satu perkara yang asing, namun masalah ini bertambah serius.

Jurucakapnya, Mohd Aswaad Jaafar berkata, warga asing ini bukan sahaja bekerja di tapak pembinaan, pembantu rumah atau di gerai penjaja, malah ada dalam kalangan mereka telah membuka kedai sendiri dan mula berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di Jalan Gurdwara jelas mencerminkan keadaan ini.

Beliau difahamkan bahawa warga asing menggunakan taktik berkahwin dengan penduduk tempatan untuk membuka perniagaan dengan menggunakan nama dan lesen pasangan mereka.

Sungguhpun perniagaan mereka itu merupakan perniagaan yang kecil, namun ini telah menjejaskan imej negeri.

Tambahan lagi, lambakan warga asing ini juga menggugat kehidupan orang tempatan dan menimbulkan persaingan dengan warga tempatan dalam isu peluang pekerjaan susulan daripada majikan tempatan yang lebih memilih warga asing kerana bayaran mereka lebih rendah

”Perkara ini telahpun saya ungkitkan banyak kali khususnya dalam isu kemasukan nelayan etnik Rohingya di Teluk Kumbar yang menjejaskan pendapatan nelayan setempat.

“Namun, pihak berkuasa tidak memandang serius terhadap isu ini.

”Jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja, mungkin suatu hari nanti warganegara kita terpaksa “bersedekah” dengan warga asing,” katanya.

Mohd Aswaad turut mempersoalkan pengumuman MBPP bahawa ia telah menguatkuasakan pengharaman warga asing untuk bekerja sebagai tukang masak utama di gerai penjaja.

Akan tetapi, hujahnya, adakah ini satu-satu langkahnya bagi pihak MBPP menangani masalah ini?

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa warga asing turut memberi sumbangan dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur negara, namun kemasukan mereka yang tidak terkawal itu telah menjadi satu ancaman kepada masyarakat dan negara.

”Dengan itu, kita menggesa agar MBPP agar mencontohi MBSP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha membendung masalah warga asing di negeri kita dengan memperketatkan lagi peraturan, menjalankan pemantauan yang ketat dan berterusan,” ujar beliau.