Siaran Akhbar

Meludah Ke Langit, Menimpa Muka Sendiri, Kini DAP Sudah Rasa Pedas

Jun 24, 2021

Baru-baru ini, timbul satu isu dalam kalangan masyarakat Cina, di mana 2 orang penjaja mendakwa polis menyusahkan mereka kerana gagal menunjukkan surat daripada MITI dan meminta rasuah RM500. Namun, Ahli Parlimen Kepong daripada Parti DAP, YB Lim Lip Eng yang menawarkan bantuan kepada penjaja tersebut kemudiannya diyakinkan oleh pihak polis bahawa mereka boleh membuktikan dakwaan tersebut adalah fitnah. Kronologi ini diterangkan oleh YB Lim ketika dicabar kesahihan situasi oleh penyanyi kontroversial Namewee.

Selama ini, DAP meraih sokongan dengan menghasut dan memboikot kerajaan sejauh mana yang boleh. Ini menyebabkan penyokong mereka hilang kepercayaan terhadap institusi kerajaan. Secara automatik apabila keadaan sedemikian berlaku, mereka telah berprejudis kepada penguatkuasa dan yakin ini mesti kerana salahguna kuasa. Dalam isu ini, ramai marah dan tidak percaya kepada YB Lim Lip Eng walaupun beliau sudah mengenalpasti kesahihan perkara tersebut. Meludah ke langit, menimpa muka sendiri. Nampaknya hari ini, DAP kena balik pada susulan strategi sendiri.

Secara jujur saya tidak tahu siapa yang bercakap benar kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam perkara ini. Sesiapa sahaja boleh menilai sendiri dan kemukakan pendapat masing-masing, tidak bermakna pihak penguatkuasa mesti betul. Sebab itu, badan kehakiman dimandatkan sebagai sebuah institusi untuk menyemak-imbang badan eksekutif. Tetapi ingin saya tekankan di sini, sentimen yang telah hilang keyakinan kepada institusi negara susah dibawa balik walaupun selepas DAP memerintah.

Hakikatnya kes penyalahgunaan kuasa sememangnya wujud, sebab itu Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) ditubuhkan bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, sekiranya institusi kerajaan hilang kepercayaan daripada rakyat, ianya susah untuk mengimplementasi dasar yang ditetapkan kerana diprasangka buruk sebelum pelaksanaannya.

Selama ini kami di Gerakan sedar tentang risiko ini, jadi walaupun kami kurang mahir dalam propaganda media sosial, kami cenderung kepada cara konservatif, iaitu menerangkan perkara yang sahih. Malangnya, apabila kita cuba membuat penerangan dan menafikan tomahan atau berita palsu, kami dianggap sebagai memihak kepada pemerintah.

Siapa makan cili, dia terasa pedas. Apabila naratif dan sentimen rakyat dibawa ke tahap ini, wakil-wakil rakyat perlu lebih berusaha lagi, supaya perkara yang tidak benar dibetulkan, fakta yang betul ditegakkan.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi