Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Mempraktikkan Kepelbagaian Dalam Agensi Kerajaan

Jun 22, 2021

Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin menggesa Kementerian Pengajian Tinggi supaya mempercepat proses pelantikan jawatan Naib Cancelor yang kini masih ada kekosongan di 5 Universiti Awam. Bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang turut sertai dan mengesyorkan perlantikan profesor bukan Melayu ke jawatan-jawatan tersebut.

Walaupun tiada kriteria pelantikan yang mewajibkan seseorang calon mesti datang dari kaum Melayu. Hakikatnya, tiada lantikan bukan Melayu ke atas jawatan-jawatan tersebut dalam sejarah Malaysia, kecuali pada awal tahun kemerdekaan. Ini bukan sahaja dapat lihat dari jawatan Naib Cancelor, malah juga didapati dalam pelantikan duta-duta dan jawatan kanan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Jelasnya ini memperlihatkan dasar pemilihan yang tersirat.

Kepelbagaian sebenarnya memanfaatkan sesebuah institusi, ini turut dinyatakan dalam garis panduan tadbir urus (corporate governance) setelah dibuktikan oleh syarikat-syarikat yang berjaya. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk, satu kesepakatan perlu diadakan supaya diskriminasi ke atas segala prejudis perlu dihapuskan baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Salah satu sebab mungkin disebabkan oleh bilangan kaum bukan Melayu yang kecil kerana secara umum, sektor perkhidmatan awam tidak menjadi pilihan yang popular dalam kalangan kaum bukan Melayu. Pada hemat saya, ini bukan kerana mereka tidak berminat tetapi prospek untuk kenaikan pangkat bagi kaum bukan Melayu tidak menggalakkan permohonan ke dalam sektor kerajaan. Mereka lebih cenderung kepada menyertai sektor swasta kerana melihat bahawa insentif yang diberi berpandukan ciri-ciri meritokrasi.

Termaktub dalam ideologi Parti GERAKAN, adalah ‘Kebebasan Mencapai Potensi Kendiri’. Kami percaya dan memperjuangkan Malaysia yang menggalakkan setiap individu untuk berusaha bagi mencapai potensi yang maksimum. Dengan itu, dasar kerajaan yang adil dan saksama menggalakkan rakyatnya supaya bersatu sebagai satu bangsa Malaysia untuk merealisasikan semua aspek pembangunan.

Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya melantik calon dari pelbagai latar belakang, baik bumiputera Sabah Sarawak, kaum bukan Melayu, kaum wanita, atau mana-mana pihak yang layak dalam jawatan-jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan. Ini dapat menggalakkan perpaduan dan penyertaan rakyat daripada pelbagai kaum dengan manafikan unsur diskriminasi dalam dasar kerajaan.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi