Siaran Akhbar

Mempromosikan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa tidak boleh terburu-buru

Mei 31, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya bahawa rakyat Malaysia tidak ada bantahan terhadap inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri untuk mempromosikan Bahasa Melayu ke peringakat antarabangsa, tetapi ia mesti dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau memetik bahawa Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara menyeru Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan tindakan untuk menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malayu pada penjawat awam, agensi kerajaan lain, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, adalah contoh utama.

Kepelbagaian bahasa adalah sangat bagus. Rakyat yang dapat bertutur dengan pelbagai bahasa adalah satu kelebihan pada rakyat Malaysia.

Arahan tersebut akan meletakkan Malaysia ke kedudukan yang lemah dalam persepsi warga asing dan pelabur antarabangsa. Saya bersetuju dengan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempelajari bahasa kebangsaan dengan baik merupakan kewajipan kepada setiap warganegara Malaysia, tetapi kerajaan harus mengakui kepentingan bahasa Inggeris dalam masyarakat antarabangsa.Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri mempunyai cita-cita untuk mempromosikan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa adalah perkara baik, tetapi memaksa rakyat menggunakan bahasa Melayu tidak akan mencapai matlamat ini. Kerajaan boleh memaksa rakyat Malaysia, tetapi tidak boleh memaksa orang asing menggunakan bahasa Melayu. Biarpun semua rakyat Malaysia pandai berbahasa Melayu suatu hari nanti, ia tidak boleh menjadikan bahasa antarabangsa.Beliau menegaskan bahawa satu cara yang boleh dilaksanakan iaitu mengukuhkan kekuatan ekonomi dan kekuatan negara kita. Kalau Malaysia menjadi salah satu kuasa ekonomi di dunia, nilai bahasa Melayu juga akan dapat meningkatkan, dan bahasa Melayu akan menjadi bahasa antarabangsa secara semula jadi.

Dari segi sejarah, bahasa antarabangsa akan berubah mengikuti negara kebangkitan dan kejatuhan. Globalisasi bahasa Inggeris adalah hasil dari Revolusi Perindustrian British dan pemerintahan kolonial dunia, yang menjadikan Britain sebagai hegemon dunia. Amerika syarikat menubuhkan penguasan globalnya selepas Perang Dunia Kedua.

Ini dapat dibuktikan bahawa kekuatan bahasa merupakan kaitan yang positif dengan negara yang bangkit dan jatuh. Kini, kebangkitan politik dan ekonomi China juga membantu nilai antarabangsa bahasa Cina bertambah baik secara beransur-ansur.Ini yang Malaysia perlu lakukan untuk menggalakkan bahasa Melayu dijadikan bahasa antarabangsa.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi