Berita Gerakan

Mesyuarat PN harmoni tapi pemimpin elak pengamal media

Ogo 11, 2021

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas melibatkan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) berlangsung selama dua jam berakhir pukul 7 petang ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadiri kepemimpinan utama parti komponen PN seperti Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Setiausaha Agong PN merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agong Pas merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Yang hadir sama Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Star merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Selepas mesyuarat tamat, kesemua pemimpin beredar dari Bangunan Perdana Putra melalui pintu protokol yang dipercayai cuba mengelak berhadapan dengan pengamal media yang menunggu di pintu utama sejak pukul 3 petang.

Mesyuarat yang berlangsung secara harmoni itu dipercayai bagi memperkukuh konsensus PN apabila semua ketua parti beranggapan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, mesyuarat itu tidak dihadiri pemimpin dari Barisan Nasional dan UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tidak hadir dan difahamkan tidak dijemput.

Terdahulu, berlaku penularan mesej ringkas yang menyatakan satu pertemuan antara Perdana Menteri dengan semua ketua parti PN pukul 5 petang.

Susulan itu, lebih 20 pengamal media berkumpul di hadapan pintu utama bagi mendapatkan gambaran sebenar sejak pukul 3 petang. – UTUSAN ONLINE

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi