Siaran Akhbar

Moratorium Pukal Tidak Efektik Seperti Disangka

Jun 6, 2021

Ramai yang marah kepada kerajaan apabila FMCO kali ini tidak diberi moratorium secara automatik. Langkah ini ditafsir bagai kerajaan tidak prihatin, memihak kepada bank-bank yang terbukti keuntungan meningkat dalam pandemik ini. Hakikatnya, moratorium secara automatik tidak membantu seperti kita sangkakan.

Walaupun kebanyakan syarikat ataupun individu terjejas akibat Covid-19, tetapi hakikatnya ada juga yang untung (seperti industri logistik dan industri pembuatan sarung tangan) kerana barangan atau servisnya memenuhi keperluan masyarakat dalam tempoh Covid-19 ini. Jadi bagi mereka ini, kemungkinan besar mereka akan memilih untuk meneruskan bayaran ansuran kerana mampu dan untuk mengekalkan status CCRIS. Jikalau mereka tidak perlu diberikan moratorium, adakah moratorium pukal membantu dalam kes ini?

Kerajaan sentiasa menambah baik dasar dengan mengambil kira respon rakyat daripada dasar-dasar yang lepas. Ini membolehkan kerajaan menggubal dasar yand lebih tersasar. Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan 85% peminjam memilih untuk meneruskan bayaran ansuran semasa moratorium automatik diberhentikan pada September tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa golongan yang berada dalam 15% tersebut adalah mereka yang lebih memerlukan perhatian daripada kerajaan.

Bank-bank telah menyampaikan komitmen supaya golongan yang memerlukan bantuan akan diberi moratorium. Untuk mereka yang mampu meneruskan ansuran bank, bayaran tersebut membolehkan bank untuk meminjam kepada mereka yang lebih memerlukannya. Moratorium pukal terbukti tidak membantu seperti mana yang kita sangkakan.

Hujahan di atas adalah antara rasional yang Menteri Kewangan Tengku Zafrul jelaskan baru-baru ini. Saya kira keputusan kerajaan bagi tidak melaksanakan moratorium pukal telah mengambil kira statistik yang lepas supaya dapat menumpu perhatian kepada golongan yang terjejas. Tindakan ini tidak popular tetapi amat diperlukan kerana bantuan kerajaan adalah terhad.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi