Siaran Akhbar

MOTAC perlu gandakan usaha promosikan kefahaman & kepelbagaian agama

Mei 10, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa Kerajaan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap isu warga asing yang berkelakuan jelik di tempat wuduk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Johor baru-baru ini.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, setiap orang perlu menghormati rumah-rumah tidak menganggap agama di Malaysia.

“Jika perkara ini tidak diambil perhatian atau tindakan, ia akan menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu gugat ketenteraman awam”

“Pelancong asing tidak kira dari negara atau agama apa mereka, perlu memahami agama, adat dan budaya di Malaysia” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, video tular 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu.

Koo Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan GERAKAN menasihati bahawa orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri tidak melakukan perkara seperti pelancong asing itu.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyarankan mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga dalam isu ini.

“MOTAC bertanggungjawab dalam memberi pendedahan kepada pelancong-pelancong asing yang datang supaya mereka dapat memahami adat, budaya, dan agama di Malaysia”

“Di Malaysia ini ada agama Islam sebagai majoriti, agama buddha, kristien dan lain-lain. Rakyat Malaysia diajar untuk saling menghormati antara satu sama lain. Biar mereka (pelancong asing) datang untuk mengenali dan memahami tradisi di sini bukannya merosakkan yang sedia ada,” tegasnya.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi