Berita Gerakan

Muhyiddin lebih ‘menonjol’ bukan PN tak yakin calon sendiri: Azmin

Nov 16, 2021

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) ‘menonjolkan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan kerana tidak yakin dengan calonnya sendiri.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyifatkan ia membawa mesej jelas agar rakyat perlu memilih PN yang telah membawa perubahan besar dalam negara sejak gabungan itu dibentuk dua tahun lalu.

“Bukan kita tak yakin (terhadap calon PN), namun dalam norma baharu ini agak sukar untuk calon-calon turun ke bawah dan mengadakan program untuk bertemu dengan pengundi kerana prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita memahami ini adalah demi menjaga dan melindungi kesihatan.

“Namun mereka ini mendukung dasar PN, dan saya kira tidak salah untuk kita menonjolkan tokoh besar PN yang terbukti telah membawa satu perubahan yang besar dalam tempoh dua tahun semenjak PN terbentuk.

“Jadi ini satu strategi untuk memperlihatkan bahawa Muhyiddin mempunyai dukungan dalam kalangan anak-anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di Bazar Ole-Oleh Melaka, Bandar Hilir, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas persepsi bahawa PN tidak yakin dengan calon sendiri kerana didapati banyak menggunakan gambar Muhyiddin berbanding gambar calon sendiri bagi kempen PRN Melaka.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin juga tidak melihat pertembungan Barisan Nasional (BN) dan PN pada PRN Melaka boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin rakyat Melaka matang untuk melihat kerjasama yang telah terbentuk dalam PN selama hampir dua tahun bawah kepimpinan Muhyiddin dan dasar-dasar PN yang peduli rakyat dan peduli kepada pemulihan ekonomi.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi