Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Muhyiddin perlu jitukan perpaduan

Mac 6, 2020

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu memberi keutamaan merapatkan permuafakatan bersama gabungan parti bagi membentuk kerajaan ke arah perpaduan rakyat.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H Puvaniten berharap usaha itu dapat mengembalikan keyakinan 33 juta rakyat terhadap kewibawaan kerajaan meneruskan agenda nasional untuk memacu negara pada masa hadapan.
“Beliau perlu memilih jalan terbaik bagi memastikan semua parti dalam gabungan bersefahaman dan mempunyai misi mendirikan kerajaan terbaik untuk rakyat selain mengembalikan keharmonian politik.

“Selain aspek permuafakatan dan perpaduan diutamakan, Perdana Menteri juga perlu menekankan kepada pembangunan ekonomi dan taraf hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia termasuk projek pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kemudahan di bandar dan luar bandar, mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk.

Puvaniten turut mencadangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga perlu diberi perhatian bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang boleh meneroka banyak peluang pekerjaan baharu.

“Rakyat pelbagai kaum juga harus menghormati peranan Perdana Menteri sebagai pemudah cara pembangunan dalam memperkukuhkan perpaduan.

“Ketika ini, untuk memperkukuhkan perpaduan dilihat sangat mencabar. Jadi, kita perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan baki tempoh pemerintahan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar tanpa elemen sabotaj dalaman,” katanya.

不要让人民痛苦

不要让人民痛苦

根据彭博社报道,大马在过去一个月内,每10万名人当中的病例激增趋势,趋向更糟情况,是全球最高病例的经济体之一.

baca lagi