Siaran Akhbar

Negara Malaysia hilang satu lagi permata

Mei 10, 2024

KENYATAAN MEDIA
10 MEI 2024

Negara Malaysia hilang satu lagi permata hari ini iaitu seorang pemimpin dan pengamal undang-undang iaitu Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di Kuala Lumpur hari ini pada usia 69 tahun.

Saya merasa amat sedih sebaik sahaja mengetahui tentang berita kematian beliau hari ini. Mendiang dan saya adalah sahabat baik kami sangat rapat.

Sebelum beliau dilantik Speaker Dewan Negara kami sudah mengenali antara satu sama lain dan pernah berurusan hal-hal berkaitan undang-undang.

Malah kerap kali sebelum dan selepas persidang dewan negara, kami kerap berbincang dan bertukar pandangan mengenai landskap politik Malaysia dan peraturan Parlimen.

Mengenali mendiang, beliau seorang yang baik hati dan tidak banyak bercakap perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

Selain itu, perkara yang tidak boleh dilupakan jasanya kepada saya adalah memberi kepercayaan untuk saya mempengerusi Dewan Negara pada 2 April lalu. Bagi saya itu satu peluang yang sangat berharga.

Sehubungan itu saya mengucapkan kiriman takziah serta doa kepaa mendiang dan terima kasih tidak terhingga atas apa perkongsian dan persahabatan yang terbina.

Negara sememangnya kehilangan satu permata yang berharga pada hari ini. Saya amat kagumi beliau kerana beliau adalah Orang Ulu pertama dilantik sebagai speaker Dewan Negara.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
GERAKAN

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi