1. Perlembagaan Malaysia & Rukun Negara

1. Perlembagaan Malaysia & Rukun Negara

Untuk menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan untuk mengekalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

2. Masyarakat Malaysia Yang Saksama

2. Masyarakat Malaysia Yang Saksama

Untuk memperjuangkan sebuah masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip perikemanusiaan dan prinsip-prinsip demokrasi dan untuk menjaminkan keadilan sosial dan ekonomi.

3. Perpaduan

3. Perpaduan

Untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan dan kebahagiaan rakyat melalui semangat persefahaman, toleransi dan muhibah.

4. Kemajuan Ekonomi Dan Kebudayaan

4. Kemajuan Ekonomi Dan Kebudayaan

Untuk menggalakkan dan menjaminkan kemajuan ekonomi dan kebudayaan untuk semua kaum dalam perkembangan keperibadian kebangsaan.

5. Kemajuan Untuk Yang Miskin Dan Mereka Yang Ketinggalan

5. Kemajuan Untuk Yang Miskin Dan Mereka Yang Ketinggalan

Untuk membasmi semua keadaan yang menyebabkan kelembapan ekonomi di kalangan rakyat; untuk melindungi mereka yang lemah di segi ekonomi dari eksploitasi dan untuk menggalak, membantu dan mengukuhkan penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi.

6. Perkhidmatan Awam Dan Perkhidmatan Lain

6. Perkhidmatan Awam Dan Perkhidmatan Lain

Untuk menjaminkan satu perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain yang berorganisasi dan cekap.

7. Keluarga

7. Keluarga

Untuk mempertahankan institusi keluarga.

8. Toleransi Agama

8. Toleransi Agama

Untuk menggalak dan memupuk penghormatan dan toleransi kepada kehidupan agama bagi semua kaum.

9. Anti Rasuah

9. Anti Rasuah

Untuk menghapuskan rasuah dalam semua bentuk dan corak.

10. Bahasa

10. Bahasa

Untuk mendokong Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, memelihara serta mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain bahasa rakyat Malaysia

11. Pendidikan Percuma

11. Pendidikan Percuma

Untuk menyediakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak sehingga umur 18.

12. Kerjasama Dengan Lain-Lain Organisasi Politik

12. Kerjasama Dengan Lain-Lain Organisasi Politik

Untuk bekerjasama dengan lain-lain organisasi politik yang mempunyai tujuan dan objektif yang serupa berdasarkan corak Malaysia dari segi kegiatan-kegiatan politik bersama.