Siaran Akhbar

Pakaian rasmi kontijen Malaysia ke Olimpik sangat buruk

Jun 26, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia turut menzahirkan rasa kecewa sama seperti seluruh rakyat Malaysia berhubung isu rekaan pakaian rasmi untuk kontinjen negara kita yang akan bertanding di Sukan Olimpik 2024 tidak lama lagi.

Ketua Pemuda GERAKAN Perak Ng Chong Chun berkata, beliau ingin menyuarakan rasa tidak puas hati yang mendalam atas pilihan rekaan yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak mencerminkan semangat serta dinamika rakyat negara ini.

Rekaan yang terpilih jelas menunjukkan kegagalan Majlis Olimpik Negara (MOM) untuk mengenal nilai estetika kontemporari dan keperluan atlet yang akan memakai pakaian tersebut.

“Ini bukan sahaja mempengaruhi imej negara kita di pentas dunia tetapi juga boleh merendahkan semangat dan menimbulkan rasa malu para atlet yang seharusnya merasa bangga dengan pakaian yang mereka sarung” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mendesak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk segera mengkaji semula proses pemilihan rekaan ini bukannya memberi jawapan selamat ‘cuci tangan’ dan menuding jari kepada MOM.

Beliau hairan ini sahaja yang mampu Menteri Madani atau lebih spesifik pemimpin DAP menangani sesuatu isu. Suara mahupun pendapat rakyat sangat penting kerana mereka adalah penyokong atau ‘semangat’ untuk atlet-atlet negara membawa pulang pingat serta kejayaan.

Sekiranya situasi sebaliknya berlaku iaitu pakaian rasmi kontinjen Malaysia mendapat pujian atau perhatian “Adakah Hannah Yeoh tidak ambil ‘Claim’ atas kejayaan tersebut”.

Beliau berharap pihak KBS dan MOM akan mengambil langkah segera dan terima kenyataan yang rakyat hanya mahukan yang terbaik untuk kontinjen kita, dan ia termasuk memastikan mereka merasa dihargai dan dihormati melalui pakaian yang mereka pakai.

Ng Chong Chun
Ketua Pemuda
GERAKAN PERAK

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

(亞羅士打26日訊)吉打州政府兌現承諾,今日移交7萬5000令吉給首批受惠的8間華校,大臣拿督斯里莫哈末沙努西在主持移交儀式上也允諾,州政府給予華校的撥款,將會隨著州政府的稅收增加,撥款也將隨之增多。

受惠學校有吉北的文德華小、農村華小;吉中的平民華小、新民華中;吉南的益智華小、老火較華小、中正華小及西嶺華小。除了益智華小獲5000令吉,其他7校各獲1萬令吉。

baca lagi