Siaran Akhbar

Pakej bantuan PERMAI melindungi kesejahteraan rakyat

Jan 19, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan yakin bantuan tambahan ini dapat menghidupkan semula ekonomi yang terjejas teruk dan melindungi kesejahteraan rakyat.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata bantuan PERMAI yang bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk memerangi COVID-19 ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan berkomitmen untuk menghidupkan kembali ekonomi negara serta mengurangkan beban rakyat.

“Saya berpendapat pakej bantuan PERMAI ini tepat pada masanya dan memfokus kepada pemerkasaan sektor kesihatan, menjaga kebajikan rakyat dan juga kelangsungan perniagaan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau kata, keputusan kerajaan melanjutkan moratorium dibawah pakej bantuan PERMAI adalah tepat dan dialu-alukan kerana mampu mengurangkan beban kewangan rakyat di samping mengambil kira keadaan mereka yang cuba menstabilkan kehidupan.

Disamping itu, kerajaan akan menambah baik Program Subsidi Upah 3.0(PSU 3.0) yang mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor juga dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran di negara ini.