Berita Gerakan

Pakej Pemulih bukti kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat

Jun 29, 2021

SHAH ALAM – Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) membuktikan kerajaan prihatin dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Pemuda Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan bersama memaklumkan, pemberian berkenaan merupakan perkara yang dinantikan danmelegakan rakyat secara keseluruhannya.

Kenyataan dikeluarkan bersama oleh Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khiruddin; Ketua Armada Bersatu Nasional, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari; Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pusat, Wong Chia Zhen.

Menurut kenyataan itu, sikap profesional kerajaan perlu dipuji apabila memperuntukkan sejumlah RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Hal ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan PN bersifat inklusif dan bertanggungjawab tanpa mengira ideologi politik,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu pakej bantuan bernilai RM150 bilion bertujuan membantu rakyat yang berhadapan kesukaran menghadapi pandemik Covid-19.

Pakej tersebut memberikan bantuan secara menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

Kenyataan itu turut menyebut pihaknya akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan daripada parti komponen Pemuda PN bagi melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan kerja-kerja kebajikan

Tambah kenyataan itu, Pemuda PN berikrar berdiri teguh di belakang Perdana Menteri untuk mengetuai negara dan rakyat keluar daripada badai pandemik Covid-19 melalui Pelan Pemulih Negara.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi