Berita Gerakan

Pangkalan data pesalah jenayah seksual kanak-kanak

Apr 6, 2023

KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta mewujudkan pangkalan data mengenai pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang boleh diakses oleh orang ramai.

Senator Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakannya terhadap Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual (Pindaan) 2023.

Katanya, langkah itu dibuat mengikut tahap kesalahan yang dilakukan pesalah seperti yang pernah dibuat di negeri Texas dan California di Amerika Syarikat.

“Saya syorkan tahap dan tempoh seseorang didaftar kepada tahap satu, iaitu tempoh rekod dalam daftar itu selama 10 tahun penjara, tahap kedua selama 20 tahun penjara dan tahap ketiga, seumur hidup.

“Selain itu, saya mencadangkan penggunaan alat pemantauan yang dipasang pada kaki dan melaporkan diri mandatori di balai polis setiap minggu,” katanya semasa perbahasan RUU Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual (Pindaan) 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Hoe Chai yang juga Presiden Gerakan berkata, cadangan lain ialah pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dibenarkan menjejakkan kaki di kawasan institusi pendidikan seperti taska, tadika dan sekolah.

“Cadangan terakhir saya ialah mengenai elemen pemulihan pesalah, selepas beberapa cadangan yang berbentuk pencegahan supaya jenayah seksual kanak-kanak tidak berlaku.

“Pindaan itu perlu mewajibkan program pemulihan pesalah, terutama dari psikologi dengan menjalani sesi terapi dan kaunseling kesihatan mental oleh pakar kesihatan yang diiktiraf kerajaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2023

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi