Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Parti Gerakan adakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya pada 13 Mac

Mac 1, 2021

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2020 akan berlangsung buat pertama kalinya secara maya pada 13 Mac depan.

Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong berkata penganjuran persidangan secara maya itu diputuskan dalam satu mesyuarat semalam, sebagai langkah membendung penularan pandemik COVID-19.

“Gerakan telah mengumumkan penangguhan persidangan yang sepatutnya berlangsung pada 22 Nov tahun lepas kerana keadaan wabak COVID-19 semakin parah ketika itu dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga memberi pelanjutan kepada Gerakan sehingga Jun tahun ini,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata persidangan perwakilan parti itu akan dirasmikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia merupakan persidangan kali pertama selepas parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, persidangan itu juga telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihaknya akan memastikan perjalanan mesyuarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

— BERNAMA

不要让人民痛苦

不要让人民痛苦

根据彭博社报道,大马在过去一个月内,每10万名人当中的病例激增趋势,趋向更糟情况,是全球最高病例的经济体之一.

baca lagi