Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Parti Gerakan berhasrat tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN

Jun 18, 2022

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan) berhasrat untuk bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah menerima senarai tersebut daripada pengerusi-pengerusi perhubungan negeri yang menunjukkan hasrat untuk bertanding pada PRU15 akan datang.

“Saya juga telah mengarahkan pengerusi-pengerusi negeri untuk mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional Negeri masing-masing.

“Supaya boleh mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikkan dan kejayaan kepada Perikatan Nasional pada PRU15.

Katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.

Selain itu, GERAKAN berpendirian pada PRU15 akan menfokuskan kepada kualiti bukannya kuantiti. Pada kali ini hanya kerusi yang menjadi sasaran atau peluang yang tinggi GERAKAN akan bertanding.

Dalam pada itu, GERAKAN juga berhasrat untuk menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas isu kedudukan ke-32 Malaysia dalam Ranking Daya Saing (WCR) Institusi Antarabangsa.

Menurut beliau siapa yang harus dipertanggungjawab dalam masalah ini?

“Negara lain sibuk berlumba-lumba untuk mencapai -pertumbuhan ekonomi yang lebih ketara namun Malaysia sibuk untuk mengadakan PRU.

“Semua negara mengalami krisis ekonomi dan kesihatan, tetapi Malaysia turut terjejas dengan krisis-politik, yang menyaksikan perebutan kerajaan dan jawatan Perdana Menteri,” jelasnya.

Tambah beliau situasi seperti ini sekaligus menjejaskan keyakinan pelabur untuk meletakkan pelaburan mereka di Malaysia.