Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Parti Gerakan cadang penggunaan ubat tradisional Cina tangani Covid-19

Ogo 27, 2021

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berharap pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan penggunaan ubat tradisional Cina dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara.

Presidennya, Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap, kerajaan melalui kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini sebagai salah satu alternatif tambahan dalam dunia perubatan untuk mencegah atau merawat Covid-19.

“Ini kerana di negara China, perubatan ini digunakan untuk memerangi wabak Covid-19 dan telah mencapai keputusan yang baik.

“Perubatan tradisional Cina dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk melawan Covid-19 dan berusaha mencapai tujuan mereka untuk mencapai kekebalan kawanan secepat mungkin.

“Malah ubat tradisional Cina dianggap sebagai satu bentuk perubatan alternatif untuk rawatan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Gerakan semalam telah mengadakan perbincangan secara maya dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia.

“Semalam saya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan sebenarnya banyak simptom Covid-19 dapat dikurangkan sekiranya mengamalkannya.

“Saya akan mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan perubatan Cina sebagai rawatan tambahan pesakit Covid-19.” katanya. – UTUSAN

内裤反着穿也是新

内裤反着穿也是新

一次的选举,三任的首相。 这不仅在我国是史无前例,相信翻看了世界历史,也可说是几乎无迹可寻.

baca lagi