Siaran Akhbar

Pemuda GERAKAN Cadang 9 Langkah Demi Kurangkan Beban Rakyat

Mei 31, 2021

Pemuda GERAKAN mencadangkan sembilan langkah dan bantuan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN, Wong Chia Zhen berkata, Pemuda GERAKAN menyokong sepenuhnya total lockdown fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, beliau juga berharap pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi akan diumumkan oleh kerajaan secepat mungkin.

Katanya, Biro Ekonomi Anak Muda dan Tranformasi Pemuda GERAKAN akan mencadangkan sembilan langkah dan bantuan yang perlu kerajaan pertimbangkan bagi meringankan beban rakyat sewaktu tempoh lockdown.

Ia merangkumi beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan antaranya adalah:

1. Memperkenalkan semula moratorium kepada semua pihak yang terjejas pendapatan sehingga Disember 2021 atau sekurang-kurangnya sehingga September 2021.

2. Membenarkan majikan membayar separuh daripada gaji bulanan kepda pekerja yang tidak bekerja dalam tempoh total lockdown dan memberi fleksibiliti kepada majikan yang layak memilih untuk membuat permohonan penangguhan dan penstrukturan semula caruman syer majikan bagi bulan.

3. Mengadakan kelas online melibatkan pemasaran digital kepada usahawan-usahawan muda.

4. Menawarkan subsidi RM20/bulan untuk pelan Prabayar yang layak.

5. Bantuan kredit eWallet RM200.

6. Diskaun bil elektrik (RM20) dan bil air (RM10) selama 3 Bulan.

7. Menawarkan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada PKS yang terkesan oleh COVID-19.

8. Menambahkan imbuhan kepada setiap frontliner sebanyak RM1000 sebulan.

9. Golongan bekerja sendiri yang tidak dibenarkan sepanjang pkp penuh dan tidak mempunyai sumber pendapatan, setiap keluarga diberi bantuan sebanyak RM1000.

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi