Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Pemuda GERAKAN Lancar ‘Taskforce Gerak UNDI18’

Okt 6, 2021

Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini melancarkan “Taskforce Gerak UNDI18” untuk membantu mereka yang menghadapi masalah ketika menyemak status kelayakan mengundi supaya dapat merealisasikan hak mengundi dalam pilihanraya umum ke-15 kelak.

Pemangku Ketua Pemuda Nasional GERAKAN Wong Chia Zhen berkata Pemuda GERAKAN menyambut baik usaha pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mewujudkan platform MySPR Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) supaya membolehkan 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun dan ke atas yang layak untuk menyemak status mengundi.

“Semakan status mengundi untuk pengundi muda berumur 18 ke atas boleh dibuat melalui pautan MySPR SPPA seperti berikut:

(a) Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau

(b) Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Wong Chia Zhen berkata demikian dalam sebuah kenyataan media hari ini.

Beliau turut berkata, Taskforce Gerak UNDI18 ini diwujudkan untuk membantu pengundi baharu sekiranya mendapati sebarang masalah teknikal, dan seterusnya merujuk kepada pihak SPR.

Beliau juga menyeru kepada sesiapa yang menghadapai masalah berkaitan untuk merujuk Taskforce Gerak UNDI18 oleh Pemuda GERAKAN di negeri masing-masing.

Beliau turut menekankan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokratik. Oleh itu, setiap pengundi baharu digalakkan untuk melaksanakan hak masing-masing untuk mengundi pada PRU-15 yang akan datang. Walhal, tanggungjawab Pemuda GERAKAN amat penting untuk memastikan UNDI18 dapat direalisasikan dengan lancar.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi