Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Pemuda GERAKAN Melancarkan TASKFORCE GERAK PEMULIH

Jul 2, 2021

Sebagai pengenalan, susulan daripada perutusan Perdana Menteri pada hari Isnin tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong perniagaan, sayap Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) melancarkan Taskforce GERAK PEMULIH sebagai langkah untuk membantu dan sedia berkhidmat kepada rakyat jelata.

Pakej PEMULIH ini berjumlah 150 bilion merangkumi suntikan langsung fiscal kerajaan sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.

Setelah lebih setahun Covid-19 melanda negara kita, kerajaan Perikatan National telahpun memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat. Namun, Pemuda GERAKAN mendapati bahawa ramai jugak daripada golongan rakyat tidak jelas tentang dengan cara permohonan dan tidak tahu kepada siapa persoalan mereka hendaklah ditujukan.

Contohnya Bantuan Khas Covid-19 (BKC), ramai penerima yang layak daripada kumpulan miskin tegar, B40 dan M40, mereka mungkin menghadapi masalah apabila membuat permohonan atau rayuan, kumpulan peniaga yang menghadapi masalah semasa buat permohonan Geran Khas Prihatin atau Program Subsidi Upah, kawan-kawan yang kehilangan kerja perlu bantuan kehilangan pendapatan di manakah mereka boleh buat permohonan dan pelbagai info seperti i-Citra, moratorium, mungkin maklumat yang kurang jelas kepada kumpulan yang layak.

Jadi bagi memastikan bantuan kerajaan boleh disampaikan kepada golongan yang memerlukan, kami melancarkan TaskForce Gerak Pemulih ini melalui Pemuda GERAKAN di seluruh negara.

Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar fiskal untuk menyokong strategi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara. Saran defisit bajet disemak dari 5.4% ke 6%. Had statutori hutang ditingkatkan sehingga kadar siling 60% GDP daripada 55% GDP sebelum ini, sebagai suntikan fiskal bagi membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenal selama ini.

Namun, situasi Covid-19 kelihatan semakin tenat, ramai bersengsara dan mula berasa tidak berdaya. Ramai yang dari mulanya masih menahan mungkin sudah mula berasa tidak larat.

Pakej PEMULIH dilihat merangkumi golongan yang lebih ramai jika berbanding dengan pakej prihatin sebelum ini. Tetapi adakah pakej PEMULIH disampaikan dengan lebih berkesan kepada kumpulan yang bersasar.

Justeru, bagi memastikan Parti GERAKAN tidak dikecualikan dalam misi pertolongan rakyat, pemuda gerakan seikhlas hatinya ingin menawarkan bantuan teknikal dan sedia berkhidmat kepada sesiapa yang menghadapi masalah ketika memohon bantuan pakej PEMULIH.

Sebarang persoalan boleh ditujukan kepada kami pemuda gerakan melalui nombor telefon di bawah. Hotline: 014-3901802/013-6849117. Mohon jasa baik Pihak Media dan Saudara/Saudari menyebarkan kempen ini supaya mesej boleh disampaikan kepada rakyat jelata yang memerlukan sokongan dan bantuan.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

不想见董教总才是真!刘华才:马智礼怕被华社骂就推说没预约

不想见董教总才是真!刘华才:马智礼怕被华社骂就推说没预约

(吉隆坡1日讯)民政党主席拿督刘华才博士认为,教育部已经没有必要此地无银地对冷待董教总领袖一事做解释,因为明眼人都看得出教育部的解释只是旨在掩饰,以期逃过华社对该部的谴责。 刘华才今日发表文告时说,教育部发表的声明已证明了一件事,那就是董教总领袖在事先的确有约定与教育部长马智礼会面,问题的重点并不在于是在几小时或几天前预约,而是部长是否已接受约会。...

baca lagi