Siaran Akhbar

Pemuda GERAKAN seru orang ramai tidak mempolitikkan isu vaksin

Mei 19, 2021

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan bahawa tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu. Susulan daripada itu, Pemuda GERAKAN menyeru kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu vaksin dan berhenti untuk menyebar berita palsu bagi mengelak kekeliruan dan kebimbangan masyarakat.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Wong Chia Zhen berkata, isu ini memberi iktibar kepada masyarakat awam bahawa jangan bertindak seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, informasi di tangan mesti diperiksa untuk memastikan kesahihannya, supaya tidak terjatuh kepada tipu helah orang lain.

“Dalam sidang media secara maya semalam, YB Khairy berkata kerajaan persekutuan dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan tawaran atau sumbangan dari mana-mana pihak untuk mendapatkan vaksin yang diluluskan dan sedia memudahkan urusan tersebut.” Maka, tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan vaksin, tetapi jangan sesekali mempolitikkan bekalan vaksin ini.”

Wong Chia Zhen hari ini menyatakan sedemikian melalui sebuah kenyataan akhbar.

“Kerajaan harus memandang berat ke atas peristiwa ini, kerana kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan ‘cerdik’ selama ini telahpun tertipu oleh sindiket, apatah lagi rakyat marhaen di luar sana”

Beliau menyeru kepada pihak berkuasa agar menyiasat kes penipuan yang melibatkan insan yang bernama Yong Chee Kong ini. Perkara ini tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana berita palsu seperti ini bukan sahaja mengelirukan rakyat tetapi juga menjejaskan kadar imunisasi vaksin dan segala inisiatif di bawah program imunisasi kebangsaan.

Beliau menasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya ada kemusyikilan atau sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada sumber agensi kerajaan yang dijamin sahih dahulu, jangan menuding jari kepada pihak lain sebarangan sehingga akibat sekarang seperti peribahasa menyebut “Meludah ke langit, terkena muka sendiri”

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi