Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Pemuda Gerakan Sokong Pembukaan Sidang Parlimen

Jun 20, 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan parliment diadakan secepat mungkin. Kenyataan itu dikeluarkan setelah tamatnya Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Rabu yang lepas. Ini kali kedua Yang di-Pertuan Agong bertitah tentang pembukaan sidang parlimen.

Seperti saya nyatakan dalam kenyataan akhbar sebelum ini, darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk menguatkuasa dasar atau inisiatif dengan lebih effisien. Walaupun demikian, segala inisiatif termasuk sekatan pergerakan penuh (FMCO) tidak kelihatan menurunkan kes jangkitan harian. Rakyat mula menyoal keberkesanan pengisytiharan darurat sejak bulan Januari.

Pada hemat saya, pembukaan parlimen tidak boleh ditangguhkan lagi. Rakyat berhak untuk mengetahui progres kerajaan mengendali penularan wabak Covid-19. Inilah masanya kerajaan membuktikan ketelusan tadbir urus dengan menjawab persoalan dari wakil-wakil rakyat. Keengganan pembukaan sidang parlimen memberi mesej yang negatif seolah-olah kerajaan ingin mengelak daripada segala persoalan.

Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya persidangan berlangsung, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman telah mencadangkan persidangan secara maya. Ahli parlimen pembangkang pun tidak akan berhenti kecohan dan segala boikot atas inisiatif kerajaan selagi kerajaan tidak bersetuju untuk membuka parlimen. Adalah wajar sekiranya parlimen dibenarkan berlangsung, persoalan-persoalan dijawab dalam dewan, biar rakyat menilai.

Seperti mana yang kita tahu, setakat ini satu-satunya cara untuk membendung Covid-19 adalah melalui imuniti kelompok, iaitu lebih daripada 80% populasi orang dewasa menerima vaksin. Pembukaan parlimen bukan soal bazir masa, tetapi ianya satu tindakan yang memperlihatkan kesungguhan kerajaan yang bersikap terbuka dalam menerima cadangan atau kritikan untuk mengawal keadaan semasa.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi