Siaran Akhbar

Pendekkan masa henti operasi institusi kewangan daripada 120 minit ke 60 minit

Ogo 15, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hari ini semakin ramai rakyat Malaysia bergantung kepada pembayaran elektronik. Namun pengguna kerap kali mengalami sistem “down” dan sekaligus boleh menjejaskan pengguna.

Beliau mencadangkan kerajaan untuk memendekkan masa henti sistem operasi institusi kewangan daripada maksimum 120 minit yang sedia ada, kepada 60 minit atau lebih singkat.

Beliau berkata, bidang pembayaran elektronik kini semakin meluas, dari tempat letak kereta, pasar raya, industri makanan dan minuman, hingga lebuh raya, hampir setiap industri berkait rapat dengan pembayaran elektronik. Jika perkhidmatan bank tiba-tiba tergendala, bukan sahaja memberi masalah kepada pengguna tetapi juga perkhidmatan yang mahu digunakan.

“Saya berpendapat dengan kepesatan teknologi dan penggunaan pembayaran elektronik, di Bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT perlu diubah suai dengan keadaan semasa, khususnya masa henti maksimum yang boleh diterima bagi setiap kejadian selama 120 minit harus dipendekkan kepada 60 minit atau lebih singkat.

“Hanya melalui undang-undang kita boleh mendorong industri perbankan untuk meningkatkan perkhidmatan dan memperkukuhkan sistem mereka.”

Dominic Lau menyokong dan bersetuju dengan tindakan Bank Negara Malaysia mengenakan denda pentadbiran berjumlah RM5.08 juta terhadap Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, dan CIMB Islamic. Ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada kedua-dua bank ini, tetapi juga secara tidak langsung memberi amaran kepada institusi perbankan lain untuk mengelakkan insiden yang sama daripada berulang.

Beliau menekankan bahawa kini banyak tempat telah melaksanakan transaksi tanpa tunai, dan semua institusi perbankan mesti memastikan kebolehcapaian perkhidmatan bank pada tahap tertinggi sepanjang masa serta meningkatkan keupayaan pemulihan aplikasi dan infrastruktur mereka.

Katanya, kerajaan mungkin boleh bermula dengan menetapkan tempoh 60 minit, dan jika pada masa akan datang dirasakan ia boleh dipendekkan lagi, kajian semula boleh dilakukan.

Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi