Berita Gerakan

Penduduk Seberang Perai derita sebab DAP tak buat perancangan teliti

Apr 5, 2022

KUALA LUMPUR – Penduduk Seberang Perai menderita ekoran langkah kerajaan DAP di negeri itu yang tidak membuat perancangan teliti dan seimbang untuk pembangunan masa depan Pulau Pinang.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia gara-gara projek dasar laut menjadi perkara utama untuk dilaksanakan sebaliknya, projek pelabuhan negeri pula diketepikan dan tidak dibangunkan.

Semua itu terjadi ekoran, ketua Menteri Pulau Pinang tidak berpandangan jauh apabila berlakunya ketidakseimbangan antara pembangunan di Pulau Pinang dan Seberang Perai, katanya.

“Pelabuhan Pulau Pinang adalah tempat pemindahan yang sangat strategik jika kapal kargo dari China transhipping barangan dari India dan Arab, negara kita ada rakyat kaum India dan Melayu untuk menyelaras untuk mereka.

“Sebaliknya, jika kedua-dua negara ini nak transhipping barangan ke China, kita juga ada rakyat kaum Cina untuk memberi bantuan.

“Pulau Pinang akan menjadi sebuah pelabuhan yang strategik jika kerajaan menggunakan lokasi dan kelebihannya dengan baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dominic lagi, sejak DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang pada 2008, kebanyakkan pembangunan di negeri itu menjadi lesu.

“Masalah pembangunan yang tidak seimbang antara Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah bukti kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak berpandangan jauh, ketua menteri pemikiran sempit, tidak pandai mengambil kesempatan untuk mengejar pembangunan-pembangunan yang mampan,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun terdapat beberapa projek pembangunan terutamanya jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Kawan selepas 2008 namun ia telah dimuktamadkan semasa pemerintahan Parti Gerakan di Pulau Pinang dan bukannya DAP.

Tegas beliau, pelabuhan Pulau Pinang merupakan antara sumber pendapatan utama kerajaan negeri namun DAP tidak bersungguh untuk membangunkannya di mana ia berpontensi menjadi sebuah pelabuhan pemindahan dan penghantaran tetapi kerajaan negeri sibuk pula mempromosikan terowong dasar laut yang belum siap. – MalaysiaGazette

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi