Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Peningkatan kluster pendidikan cetus kebimbangan ibu bapa – Gerakan

Jan 26, 2022

GEORGE TOWN – Parti Gerakan menggesa Kementerian Pendidikan menambah baik langkah pencegahan Covid-19 di sekolah susulan terdapat peningkatan wabak itu sejak pembukaan sekolah pada 9 Januari.

Timbalan Presiden Parti Gerakan, Oh Tong Keong berkata, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan perlu menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti punca peningkatan kluster pendidikan sebanyak 313.3% dalam tempoh seminggu itu.

Jelas beliau, peningkatan mendadak dalam kluster pendidikan mencetus kebimbangan terhadap ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar secara bersemuka.

“Sepanjang tempoh minggu lalu, terdapat 62 kluster pusat pendidikan dan keadaan ini amat serius dan merisaukan.

“Pihak berkuasa harus memandang serius kluster pendidikan yang semakin meningkat ini yang mungkin akan menyebabkan tercetusnya kluster baharu yang lain kerana ibu bapa masing-masing mempunyai aktiviti sosial mereka.

“Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan memperketatkan penguatkuasaan untuk memastikan keadaan Covid-19 di negara kita terkawal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Tong Keong, tindakan tegas harus diambil terdapat warga sekolah tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) hingga menyebabkan tercetusnya kluster pendidikan.

“Tindakan itu bukan untuk menghukum sebaliknya bagi memastikan semua orang mematuhi SOP mengekang penularan Covid-19,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

不要让人民痛苦

不要让人民痛苦

根据彭博社报道,大马在过去一个月内,每10万名人当中的病例激增趋势,趋向更糟情况,是全球最高病例的经济体之一.

baca lagi