Berita Gerakan

Peningkatan peruntukan emolumen JKOM tidak rasional

Okt 17, 2023

KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan emolumen sebanyak 39 peratus kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam Belanjawan 2024 tidak rasional.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Wendy Subramaniam yang menyifatkannya sebagai tidak rasional berkata, kerajaan perlu menghentikan perbelanjaan yang tidak munasabah tersebut dengan segera.

“Tindakan ini bukan sahaja memberi beban kepada kewangan negara tetapi keputusan ini juga tidak adil kepada para pembayar cukai yang kini terperangkap dengan kenaikan harga barang keperluan asas,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Wendy, matlamat asal JKOM adalah untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi komuniti yang berkualiti tinggi, adil, seimbang, dan pelbagai untuk rakyat.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, JKOM di bawah pentadbiran Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menjadi alat propaganda yang hanya mengutamakan kepentingan kerajaan semata-mata.

“Kandungan yang dihasilkan dan disiarkan oleh JKOM kebanyakannya hanya memuji dasar dan pemimpin kerajaan, manakala idea dan cadangan pembangkang dikritik dan dihalang.

“Ini bermaksud bahawa JKOM tidak memainkan peranannya atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan,” ujarnya.

Wendy berkata, ketika menjadi pembangkang Pakatan Harapan (PH) pernah menyatakan JKOM sebagai ‘pembaziran dana awam’ dan ‘mencemarkan kebebasan media’ namun selepas mengambil alih pentadbiran negara ia bukan menghalang malah menambah peruntukan dalam kategori emolumen yang besar kepada JKOM.

“Katanya, ia jelas dan terang perangai PH hiporkit dan sanggup menggadaikan prinsip serta kekecewaan rakyat demi kuasa.

Berikutan itu, beliau menyeru kerajaan mengurangkan peruntukan emolumen yang tidak logik kepada JKOM dan menjalankan audit menyeluruh serta penyiasatan yang adil dan tulus.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi