Berita Gerakan

Perikatan Nasional Yakin Mampu Tawan DUN Kesidang Kali Ini

Nov 14, 2021

MELAKA 13 Nov 2021 (TheNusantaraDaily) Petang semalam bertempat di Bilik Gerakan Perikatan Nasional DUN Kesidang telah dilawati oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Armada Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Perpaduan turun padang bertemu dengan calon PN Patrick Ng Chin Kae dari Gerakan.

Kehadiran beliau bukan saja disambut sendiri oleh calon yang bertanding tapi jentera bertugas. Turut mengiringi Fayhsal adalah Edwin Chen, Sayap Bersekutu Bersatu Nasional. Dalam lawatan Fayhsal turut mendengar taklimat dari calon mengenai situasi semasa dan gerak kerja jentera dalam menghadapi tentangan yang sengit 3 penjuru bersama calon BN dan PH.

Dalam pertemuan singkat ini Fayhsal juga dilihat memberi pandangan gerak kerja kempen kepada pemimpi-pemimpin parti komponen Perikatan Nasional yang turut hadir sama bagi memastikan calon PN ini menang dalam pilihanraya minggu hadapan. Beliau amat menekankan agar calon dan jentera menggunakan platform media sosial semaksima mungkin dengan memfokuskan kepada penduduk setempat dan pengundi.

“cipta sebanyak mungkin “content” seperti poster dan video dalam pelbagai versi bahasa seperti bahasa melayu, cina dan india dan sebarkan disemua platform media sosial tempatan” – Wan Ahmad Fayhsal.

Dun Kesidang menyaksikan pertembungan 3 penjuru di antara Seah Shoo Chin dari Pakatan harapan (DAP) yang merupakan bekas Adun yang bertanding semula, Leong Hui Ying Dari Barisan nasional (BN) dan Patrik Ng Chin Ka dari Perikatan Nasional (PN) . Seramai 37,355 pengundi berdaftar . pada pilihanraya ke 14 yang lalu YB Seah Shoo Chin mendapat sebanyak 22,880 undi dengan peratus 61% menewaskan penentang dari Barisan Nasional Ng Choon Koon hanya mendapat 8,268 undi dengan peratusan 22% . Seah Shoo Chin (DAP) menang dengan majoriti sebanyak 14,612 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov ini manakala undi awal pada 16 Nov ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Melaka mempunyai 28 DUN dan 495,195 pengundi berdaftar.

– Joy Reyzal

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi