Berita Gerakan

Perkenal dasar sesuai atasi masalah sosial belia yang makin serius

Apr 16, 2022

GEORGETOWN: Kerajaan Pusat dicadangkan mengenakan dasar-dasar yang sesuai untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan golongan belia seperti penagihan dadah dan terlibat dengan lumba haram yang semakin serius.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, masalah-masalah sosial itu yang disifatkan seperti penyakit barah dapat memusnahkan keharmonian keluarga seterusnya menjejaskan pembangunan masa depan negara.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan satu jawatankuasa antara jabatan-jabatan terlibat dapat ditubuhkan untuk mengkaji cara bagi membasmi dan mengelakkan masalah sosial dalam kalangan remaja itu bertambah serius.

“Peningkatan kes penagihan dadah dan perlumbaan haram dalam golongan belia harus dilihat sebagai satu masalah sosial, bukannya isu perkauman.

“Maka, kerajaan Pusat harus memandang serius masalah sosial ini dan kerjasama antara jabatan untuk mengatasinya harus disegerakan sebelum menjadi lebih mudarat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menyeru kepada semua pihak terutamanya parti politik yang berteras Melayu supaya bersatu bagi mengatasi pelbagai masalah sosial yang melanda negara ini.

Menurut Rais, perkara kebejatan sosial yang berlaku itu harus sama-sama difikirkan dan perlu tindakan segera terutama dalam kalangan pemimpin masyarakat dan pemimpin politik.

Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, kes masalah sosial yang melonjak tinggi itu turut menuntut setiap rakyat perlu bersatu padu dalam mengatasinya dan sama-sama menjadikan kehidupan di negara ini lebih baik. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi