Siaran Akhbar

Permohonan Maaf Kepada Rakyat Malaysia Terutamanya Penjawat Awam

Jun 22, 2023

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong hari ini memohon maaf kepada semua penjawat awam yang tersinggung dengan kenyataan salah seorang ahli GERAKAN Mok Kok On yang menyatakan penjawat awam beban kepada negara.

Saya mewakili kepimpinan parti mengambil tanggungjawab ini menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Untuk makluman, GERAKAN dan rakan-rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional yang lain sebulat suara tidak bersetuju dan membantah kenyataan tidak patut dan menghina yang dikeluarkan oleh Mok Kok On.

Hakikatnya, penjawat awam bukan membebankan tetapi mereka adalah tulang belakang kepada negara kita. Setiap hari mereka tanpa jemu berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Saya ingin menjelaskan perkara ini tidak akan dibiarkan, pimpinan GERAKAN akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan kepada semua akar umbi GERAKAN supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’ jangan keluarnya kenyataan sensitif yang boleh menimbulkan kerisauan kepada semua pihak.

Dalam pada itu, saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan Perikatan Nasional kerana mereka turut menerima tempias juga.

Saya ingin menegaskan perkara sebegini rupa tidak akan berlaku lagi.

MAK KAH KEONG
Setiausaha Agung
GERAKAN merangkap
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Wilayah Persekutuan

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

(吉隆坡23日讯)由团结政府公布的“2025年国家财政预算案”,犹如给中小型企业丢了一颗“定时炸弹”,尽管主题为“焕发经济,产生改变,惠及人民”,民政全国主席拿督刘华才博士表示,这不仅仅是通过剥夺富人帮助穷人,也给中小企业带来了冲击,还可能给正在幻想加薪的公务员带来一颗“定时炸弹”。 刘华才今日率领民政领袖,前往拜访马来西亚中小企业公会(SME Association of Malaysia),双方进行了一系列坦诚并友好的交流。...

baca lagi