Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Persidangan Gerakan lulus 10 resolusi

Mac 13, 2021

KUALA LUMPUR – Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke-49 pada Sabtu meluluskan 10 resolusi yang merangkumi isu berkaitan kebajikan rakyat, revolusi pendidikan, pembangunan digital negara termasuk perpaduan dan keharmonian nasional.

Ketetapan itu diluluskan sebulat suara oleh 623 perwakilan yang menghadiri persidangan secara maya dan fizikal di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM di sini.

Satu resolusi yang diluluskan adalah untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kestabilan politik sekali gus melancarkan urusan berkaitan dasar dan pentadbiran dalam usaha negara melawan pandemik Covid-19 ketika ini.

Mengenai pendidikan, Gerakan menyeru agar kerajaan meneroka revolusi pendidikan sejajar dengan penggunaan teknologi pintar moden serta memastikan penyampaian kemudahan dan pembangunan pendidikan adalah saksama dan perlu memastikan tiada anak Malaysia yang tertinggal dalam anjakan pendidikan ini.

Para perwakilan juga mahu kerajaan menyalurkan sebanyak mungkin bantuan kepada komuniti usahawan kecil dan sederhana yang terjejas perniagaan akibat penularan Covid-19 kerana golongan ini memerlukan suntikan modal pusingan dalam usaha memulihkan perniagaan sedia ada yang terjejas.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan mengadaptasikan perubahan teknologi digital yang ketara, Gerakan menyeru kerajaan supaya terus fokus dan melabur kepada pembangunan digital termasuk di separa dan luar bandar di samping mahu setiap masyarakat tidak kira negeri, wilayah dan status sosial perlu diberi ruang secukupnya dalam menikmati kepesatan pendekatan teknologi.

Menyedari peranan wanita adalah amat penting dalam pembentukan negara, Gerakan berpendapat pentingnya untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam sistem eksekutif negara seperti dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan jemaah menteri, justeru Gerakan memohon agar kerajaan memperkenalkan segala pendekatan serta strategi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam urusan eksekutif negara.

Persidangan itu dirasmikan Tan Sri Muhyiddin merangkap Pengerusi Pakatan Nasional secara maya di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Penasihat Parti, Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden, Oh Tong Keong. – Bernama

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

(吉隆坡19日讯)随着政府宣布南北大道公司属下所有大道的过路费调低18%,民政党主席拿督刘华才博士要求政府说明,除了私家车,其他等级车辆包括罗里和巴士使用南北大道时,是否也可享有这18%折扣。

baca lagi