Siaran Akhbar

Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional GERAKAN 12 Mac

Mac 3, 2021

Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda GERAKAN 2020 akan diadakan pada 12 Mac, jam 8.30 malam.

Setiausaha Agung Pemuda GERAKAN Lim Si Ching berkata, Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda GERAKAN 2020 akan diadakan secara maya sebagai usaha untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

“Persidangan yang akan berlangsung ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Nasional (MKN), dan Pemuda GERAKAN akan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi oleh semua.

Beliau berkata, persidangan tersebut akan dirasmikan oleh Saudara Oh Tong Keong, Timbalan Presiden GERAKAN.

Tambah beliau juga, persidangan ini akan memberi fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan rakyat. Sebagai contoh, ia akan memberi kesedaran tentang vaksinasi, menangani kadar pengangguran, pemulihan ekonomi negara dan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh rakyat.