Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Persidangan Perwakilan Wanita Nasional Ke-33 12 Mac

Mac 3, 2021

Persidangan Perwakilan Wanita Nasional Ke-33 akan berlangsung pada 12 Mac, jam 7.30 malam.

Setiausaha Agung Wanita GERAKAN Chong Sim Foong berkata, Persidangan Perwakilan Wanita Nasional Ke-33 akan dilaksanakan secara maya akibat penularan wabak Covid-19 yang masih belum dapat dibendung dengan sepenuhnya.

“Untuk memastikan Persidangan Perwakilan Wanita Nasional dijalankan dengan lancar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua perwakilan diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga mengingatkan para wakil harus mendaftarkan diri secara atas talian untuk menyertai Persidangan Perwakilan Wanita Nasional Ke-33 melalui laman web Parti Gerakan Rakyat Malaysia (http://www.gerakan.org.my), di laman Facebook parti atau melalui pautan (link) di WhatsApp.

Pendaftaran bermula dari 2hb Mac 2021 (Selasa) dan akan ditutup pada 9hb Mac 2021 (Selasa). Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia masing masing.

Tambah beliau juga, persidangan tersebut akan dirasmikan oleh Oh Tong Keong, Timbalan Presiden Nasional GERAKAN.

不撞南墙不回头

不撞南墙不回头

在这个世界上,没有一个人是十全十美的,谁做事情会没有犯错,若他能够承认自己的错误.

baca lagi