Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Persidangan Wanita Gerakan Ke-33 secara maya

Mac 3, 2021

PETALING: Persidangan Perwakilan Wanita Gerakan Nasional Ke-33 dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di tempat masing-masing.

Setiausaha Agung Wanitanya, Chong Sim Foong berkata, persidangan berkenaan berlangsung secara maya pada 12 Mac ini.

“Para perwakilan perlu mendaftarkan diri secara dalam talian melalui laman web Gerakan, Facebook parti atau pautan WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sim Foong berkata, persidangan bermula pada pukul 7.30 malam dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

“Pendaftaran bermula semalam sehingga 9 Mac ini dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat negeri Gerakan masing-masing”, kata beliau. – UTUSAN ONLINE

不要让人民痛苦

不要让人民痛苦

根据彭博社报道,大马在过去一个月内,每10万名人当中的病例激增趋势,趋向更糟情况,是全球最高病例的经济体之一.

baca lagi