Berita Gerakan

Pertandingan Fotografi Hari Guru 2021 anjuran Gerakan

Mei 20, 2021

KUALA LUMPUR – Bagi meraikan sambutan Hari Guru 2021 Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengadakan Pertandingan Fotografi Inspirasi bermula 16 Mei dan tamat pada 26 Mei ini.

Ketua Biro Publisiti Gerakan, Koo Shiaw Lee berkata, tujuan peraduan tersebut diadakan ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara dan sekaligus menjadi tahun ke-2 Hari Guru di Malaysia tidak dapat disambut seperti biasa.

“Jadi peraduan ini sebagai tanda kita semua menghargai dan mengenang jasa guru yang mendidik kita daripada kecil hingga dewasa. Tanpa guru tiadalah lahir pemimpin-pemimpin negara yang hebat di Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai gambar berswafoto atau ‘selfie’ dengan guru mereka layak menyertai peraduan ini. Gambar tidak kira sama ada yang terkini atau lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setiap peserta yang ingin menyertai harus mengisi maklumat dengan lengkap pada borang online yang disediakan.

Peserta juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM200 sekiranya diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan yang julung kali diadakan oleh Parti GERAKAN ini. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi