Berita Gerakan

‘Pertelingkahan DAP, UMNO tidak sepatutnya dipanjangkan’ – Dominic

Jun 10, 2023

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan gesaan Pemuda UMNO agar DAP membuat permohonan maaf kepada UMNO adalah wajar dan munasabah.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, langkah itu bukan sahaja dapat membantu mengurangkan rasa tidak puas hati akar umbi parti itu berikutan kerjasama mereka, malah membantu UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Namun, Dominic terkejut apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menghiraukan gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya pada Khamis agar DAP memohon maaf atas pelbagai fitnah lampau terhadap UMNO.

“Sebagai presiden, Ahmad Zahid tidak sepatutnya memanjangkan pertelingkahan antara DAP dan UMNO, kerana ia akan membuatkan orang ramai tertanya-tanya?

“Apa yang Ahmad Zahid takutkan? Adakah DAP menjanjikan sesuatu kepada beliau untuk membentuk kerajaan campuran tanpa pengetahuan orang luar sehingga tidak berani menyinggung DAP?

“Beliau perlu menjelaskan perkara ini kepada akar umbi UMNO,” kata Dominic dalam satu kenyataan mengulas pendirian Ahmad Zahid.

Pada Khamis, Presiden UMNO itu dilaporkan media berkata, desakan permohonan maaf oleh DAP terhadap UMNO tidak sepatutnya menjadi isu yang dibangkitkan semula.

Beliau menegaskan, perkara itu telah dibincangkan beberapa kali ketika fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid berpendapat, isu berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu yang tidak senang duduk melihat kestabilan politik yang terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Dominic bagaimanapun menegaskan bahawa DAP telah membuat pelbagai fitnah terhadap UMNO dahulu.

“Jika ada dakwaan palsu atau tidak benar, maka DAP harus bertanggungjawab untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saling memahami dan minta maaf dalam politik adalah asas untuk membina kepercayaan dan persefahaman, bukan mengabaikan kesalahan lalu,” katanya.

Dominic turut mengambil contoh sebelum penubuhan kerajaan campuran itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook juga pernah meminta maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg atas sebarang kenyataan oleh pemimpin parti DAP yang menyinggung perasaannya.

“Dalam situasi yang sama, mengapa Ahmad Zahid takut untuk minta DAP memohon maaf kepada UMNO?

“Bagaimana UMNO boleh mengaku membela orang Melayu dan Islam jika mereka tidak berani meminta DAP untuk memohon maaf atas pelbagai fitnah yang dilakukan sebelum ini?

“Ini urusan dalaman parti, Ahmad Zahid tidak boleh mengabaikan dan membuat keputusan yang membelakangkan akar umbi,” tegas Dominic.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi