Siaran Akhbar

Pertimbang lanjut PKP di zon merah

Apr 23, 2020

Kadar pesakit sembuh Covid-19 yang dilaporkan pada 22 April lalu menunjukkan jumlah kes kumulatif dalam negara semakin terkawal. Malah peratusan kesembuhan juga meningkat kepada 62.4% sehingga 22 April.

Pertambahan kluster aktif di beberapa zon dan daerah dalam Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak dan Pahang menyebabkan kawalan dan pantauan harus dipertingkatkan. Termasuklah 15 kes kluster Pengerang baru-baru ini di Johor. Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mempertimbangkan tindakan yang lebih tegas dan ketat terhadap mereka yang mengingkari PKP.

Sehingga kelmarin, jumlah kumulatif pesalah PKP adalah seramai 17,735 orang. Manakala 1236 telah dituduh di mahkamah. Pertambahan pesalah PKP ini harus dipandang serius. Kerajaan harus mempertimbangkan solusi yang lebih efektif untuk mengekang peningkatan pesalah PKP di fasa tiga ini. Misalnya seperti melaksanakan sekatan Bantuan Rakyat Perhatin (BPN) kepada pesalah PKP.

Untuk mengelakkan pertambahan kluster terus meningkat. Gerakan mengesyorkan tempoh PKP dilanjutkan di beberapa zon merah sekiranya terdapat pertambahan kes Covid-19 yang aktif sehingga 28 April ini.

Manakala mereka yang dibenarkan pulang ke bandar harus mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan diri yang kerap untuk mengelakkan risiko dijangkiti wabak.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap pandemik Covid-19 cepat berakhir dan negara kembali stabil seperti sediakala.