Siaran Akhbar

Perutusan Hari Gawai 2021 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Jun 1, 2021

Semua lapisan masyarakat disarankan supaya mempunyai perasaan tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan warisan serta tradisi budaya kita demi mencapai matlamat Perjanjian Malaysia 1963 berdasarkan kestabilan politik.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tanggungjawab itu penting untuk diteruskan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada generasi akan datang.

“Malah, integrasi kebudayaan merupakan salah satu ideologi yang Parti GERAKAN sentiasa mengambil sebagai pegangan.”

“Kita percaya pendekatan paling baik terhadap isu kebudayaan Malaysia adalah mengenal pasti nilai-nilai umum yang dapat dikongsikan dengan budaya-budaya lain,” katanya ketika Perutusan Khas Sempena Tadau Kaamatan dan Hari Gawai 2021 secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Menurut GERAKAN, Tadau Kaamatan dan Hari Gawai merupakan perayaan yang penting di Sabah dan Sarawak, ia juga dapat memainkan peranan yang besar dalam memperkaya kebudayaan sebagai asas penting dalam negara kita.

Dominic menjelaskan, GERAKAN juga amat mementingkan penjagaan warisan budaya dan seni, ia dibuktikan ketika Parti GERAKAN mentadbir Pulau Pinang, partinya telah membuat banyak usaha untuk memelihara dan melindungi kebudayaan yang unik di Georgetown.

“Pada tahun 1990, GERAKAN telah mula bekerjasama dengan para pakar tempatan dan luar negara untuk melakukan banyak usaha berkaitan permohonan yang disenaraikan sebagai World Heritage.

“Sumbangan GERAKAN telah berjaya menjadikan Georgetown disenaraikan di UNESCO World Heritage Site pada tahun 2008,” jelasnya.

Dalam pada itu, menyeru kerajaan agar menyemak semula tentang isu budaya yang disusunkan di dalam kurikulum sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia haruslah bekerjasama untuk mempromosikan kebudayaan negara kita.

Katanya, ini adalah faktor yang penting untuk memelihara kebudayaan etnik-etnik Malaysia dan mengukuhkan hubungan semua anak Malaysia.

Sehubungan itu, Parti GERAKAN yakin semangat Tadau Kaamatan dan Hari Gawai dapat mengukuhkan kerjasama, perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi sebahagian daripada warisan Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat harus akur SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk sentiasa menggunakan pelitup muka, “hand sanitizer” dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

别把百姓当傻子!

别把百姓当傻子!

近期青年及体育部长杨巧双丈夫拉曼詹德兰的亚洲移动科技(Asia Mobility Technologies)私人有限公司,轻易获得雪州政府颁发工程,在坊间传得沸沸扬扬。根据公开资料显示,喜获雪州工程的该公司,除了老板是杨巧双丈夫,《当今大马》创始人之一的皮美斯詹德兰(Premesh Chandran)也是该公司的股东兼董事。众所周知,《当今大马》多年来给人的印象是“仗义执言”,谴责国阵时代的种种不公和朋党主义,如今竟然也陷入朋党主义风波,一点都不懂得避嫌,实在令人费解。

baca lagi