Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Perutusan Hari Pekerja 2021 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Mei 1, 2021


Ungkapan ‘Apa khabar semua?’ sentiasa menjadi ungkapan awal yang diucapkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum memulakan Perutusan Khas Perdana Menteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nada seperti seorang bapa yang sedang memberi nasihat amat disenangi oleh rakyat Malaysia sehingga merasakan diri selamat walaupun negara sedang dilanda musibah.

Tanpa sedar sudah hampir 2 tahun pendemik COVID-19 melanda Malaysia dan dalam tempoh itu juga merupakan tahun mencabar bagi tenaga kerja di Malaysia yang terpaksa berdepan dengan pelbagai imbak wabak COVID-19.

Bagi saya, tenaga kerja di Malaysia amat cepat menyesuaikan diri dengan keperluan mematuhi arahan PKP. Dalam berhadapan dengan cabaran ini, pekerja dan majikan telah berjaya meningkatkan penggunaan teknologi digital demi memudahcara tugasan dan ini telah meninggikan produktiviti serta keberkesanan proses.

‘Work from Home’ sekarang diistilahkan sebagai “watershed”, iaitu satu perubahan besar dalam pemikiran dan tindakan manusia pada hari ini.

Idea ini adalah idea yang tercetus seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 di mana teknologi digunakan sebaik mungkin dalam berkomunikasi.

Majikan atau organisasi harus menumpukan bahawa konsep kerja dari rumah ini adalah sebahagian daripada proses pengurusan perubahan.

Pengurusan perubahan adalah suatu disiplin yang membimbing bagaimana kita menyediakan, melengkapkan dan menyokong individu untuk berjaya menerima perubahan untuk memacu kejayaan dan hasil organisasi.

Bagi saya, apa yang lebih utama adalah kepentingan negara dan organisasi perlu diseimbangkan agar semua pihak dapat menerima perubahan ini secara terbuka dan mengetahui kebaikan terhadap perubahan yang dilakukan.

Kita seharusnya menyediakan diri untuk menghadapi dan menangani perubahan ini dalam suasana mengekang penularan virus ini di samping masih mewujudkan daya saing dan lebih berkebolehan untuk bersaing.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada lebih daripada 15 juta pekerja termasuklah 1.4 juta rakyat yang bekerja sendiri, yang telah berganding bahu dengan Kerajaan untuk menangani COVID-19.

Sambutan Hari Pekerja ini adalah untuk menghargai titik peluh dan perjuangan golongan pekerja yang telah menyumbang ke arah kemakmuran bersama.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

年初一大团拜 民政党约你来

年初一大团拜 民政党约你来

(吉隆坡21日讯)民政党将于本月25日(大年初一)举行“第三势力,鼠于你”新春团拜,呼吁各族人民踊跃出席,共庆农历新年的到来。

baca lagi
刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

(吉隆坡19日讯)随着政府宣布南北大道公司属下所有大道的过路费调低18%,民政党主席拿督刘华才博士要求政府说明,除了私家车,其他等级车辆包括罗里和巴士使用南北大道时,是否也可享有这18%折扣。

baca lagi